Saturday, April 13, 2013

sejujurnya

Views
 
Sejujurnya aku masih dalam bayangan semalam...
Terasa kamu sayang..
Terasa kamu peduli..
Walhal tidak sama sekali..
Sejujurnya aku masih berada dalam harapan semalam..
Terasa kamu ada..
Terasa kamu cinta..
Walhal tidak sama sekali..
Sejujurnya aku masih bertunjangkan kesetiaan yang tak pernah rapuh..
Mengharap kamu terima..
Mengharap kamu simpati..
Walhal tidak akan pernah sama sekali..
Sejujurnya aku benar benar dalam dilema..
Terasa ingin berlari..
Terasa ingin menjauh pergi..
Walhal aku tidak akan pernah mampu...
Tidak akan pernah mampu..
Hidup tanpa kamu...
Sejujurnya aku sakit....
Tetapi jujur juga aku mahu bertahan...
Kerana mana mungkin aku bisa hidup tanpa kamu...
Biar terus sakit...
Asal demi kamu............
Sejujurnya aku masih menghitung hari..
Menghitung masa yang ada untuk kita..
Meminta agar kamu hargai..
Detik yang ada...
Detik yang tersisa..
Walhal harapan itu,hanya aku yang cipta...
Tanpa kamu peduli...
Dan tidak kamu peduli...
Sejujurnya memori semalam telah pergi,..tetapi bersungguh aku kejari...
Walhal ia telah pun lenyap..
Telah pun lenyap..
Kenapa masih aku mahu cipta angan??
Kerana aku gila pikirkan kamu...
Tegarnya kasih tak dipeduli..
Tegarnya cinta tak dihargai..
Walhal aku lah yang paling ikhlas menyayangi..
Jujur sejak detik itu..
Hanya ada kamu....
Dan semuanya kerana aku gila terlanjur cinta kamu....

kerana ini sahaja cara yang aku ada,untuk menyatakan cinta


Cik Iza membebel

No comments:

Post a Comment

cepat komen sini!

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com