Sunday, October 7, 2012

warkah terakhirku buat si dia....

Views

                                                                                             Warkah terakhir ku buat si dia..

Utusan cinta yang terakhir kali..

Saat kau membuka warkah ini..lantas baca lah dengan tenang..

Setenang saat pertama kali kita bersua muka..dan berkenalan..

Bukan seperti saat kita mula jatuh cinta...dimana perasaan gelisah mula menguasai jiwa..

Ku lihat burung yang terbang,..gembira sekali,..kerana bebas untuk pergi kemana mana yang mereka suka..lantas ku lihat diri sendiri,..penuh sengsara kerana terpenjara dengan perasaan sendiri..

aku Mencintai,.tapi tak pernah bisa untuk memiliki..mencintai tapi tak pernah bisa untuk dihargai..

ku ibaratkan kehadiranku,.umpama bayang2 dimalam hari..sentiasa setia bersamamu..namun tak pernah kehadiranku disedari...apatah lagi untuk dirasai..tapi percayalah,,.aku selalu ada..

entah mengapa,.aku bisa jatuh cinta..dan entah mengapa,.aku masih ingin terus mencinta..

walau hakikat ku kian mnyedari..,.aku bukanlah insan yang menjadi dambaan hatimu..namun,.jujur ku tahu..kau pernah menyukaiku..walau tak pernah terluah dan diluah olehmu..namun percayalah...aku sememangnya tahu..

seribu kemaafan ku hulurkan,.kerana pernah mmbuat butiran mutiara jernih jatuh dari pipi mu..sehingga menyembah bumi..namun percayalah,.bukan niatku ingin melukaimu..kerana aku sendiri sudah terlalu terluka..

pernah dulu ku ungkap kata,.bahawa penantian ini tidak akan pernah berakhir,.sehingga kau sendiri yang menoktahkannya...namun entah mengapa,. diri ini akhirnya pasrah dengan pujukan hati yang merayu agar aku pergi dari hidupmu...

maka,.aku cipta warkah terakhir ini...buat santapan jiwa yang terakhir kali..pengubat rindu tatkala memori lama menjengah kembali..

aku pinta,. hapuslah segala kenangan..jadikan episod perkenalan kita sebagai sebuah pengalaman..

kerana ku tahu,.PENCIPTA kita punya sebab dan alasan..mengapa terjalin ukuwah antara kita..kerana DIA lebih tahu..dan tidak pernah aku menyalahkan takdir,.kerana dipertemukan dengan insan sepertimu..walau pada akhirnya,..aku terluka sendiri..tapi aku bersyukur,.kerana dengan itu..aku belajar untuk menjadi insan yang tabah..

andai kau kata aku berubah..percayalah,.aku masih sama seperti dulu..namun,.apa yang berubah adalah perasaanmu terhadap diriku..namun tidak mengapa,..aku masih bisa mengukir senyuman dibibir,.walau tampak hambar..sekurang2nya aku masih mampu...untuk tidak membiarkan diri ini hanyut dalam lautan cinta yang dalam..

aku gembira,.kerana saat aku mengatur langkah untuk pergi..kau tidak cuba untuk mengejari..dan dari situ ku tahu,.aku tidak lagi sepenting dulu..dan dari situ juga ku tahu,..kau bahagia tanpa diriku...

maka terciptalah warkah terakhir ini...:(

kau seolah gembira,..melihat aku terluka..kau seolah gembira,..melihat aku kecewa..tetapi percayalah,.aku begitu sengsara,.pabila melihat kau berduka...namun,.tidak pernah kau tahu tentang itu..

tergamak kau sentuh hati,.lantas kau biar diriku bermain dengan perasaan sendiri..terseksa ku rasa kini,bila mana impian seolah tidak mampu untuk menjadi kenyataan.,namun,.aku harus  mendepani hakikat...bahawa bukan aku yang kau perlukan,.untuk menemani hari2 mu..menemani hingga ke usia hujungmu..bukan aku..:(

emosi ku berjajaran terkesima..air mata ku berkaca meluruti pipi..keserabutan bertali temali kadang meresahkan diri,.hanya kerana memikirkanmu..dalam lelap dirimu hadir,.bercinta kita dalam mimpi..membina mahligai bahgia..namun sayang...tersentap aku terjaga..lantas hilang segala bayangan..membuatkan ku sedar..bersamamu angan2 semata...

selama ini,.aku menantimu disudut ruangan yang gelap..tak siapa tahu..ku tolak segala cinta yang hadir mempelawa diri,.hanya keranamu. dan.sehingga ke hujung warkah cinta terakhir ini..aku sebenarnya masih bersandar pada tiang harapan yang sudah kian goyah..namun,.akhirnya aku berkeputusan untuk melangkah pergi....

hanya kerana ingin melihat kau bahagia...

duhai kasih pujaan hati,..jikalau suatu hari nanti..kau bersedih berduka cita..serulah namaku,.ku kan hadir bersama sekuntum senyuman..buat dihadiahkan kepadamu..agar kau gembira selalu..andai insan yang kau puja pergi tinggalkan mu..maka serulah namaku..ku kan hadir memberi cinta yang tidak akan pernah pudar ditelan waktu..percya lah.

Pengabdianku sudah jelas seperti bulan yang setia pada malam,.seperti bintang yang setia pada kegelapan..seperti matahari yang setia pada siang.walaupun ku setia,namun,.aku hanyalah manusia yang tak bererti,.mencintai tapi hanya bermimpi,.aku hanya bunga yang berpuisi didalam hati...

Ku ingin kau tahu..bahawa aku pernah tersungkur ketika mengjarmu..namun ku cuba bangkit..untuk terus mengejarmu lagi.langsung tidak ku hiraukan segala luka yang tmpak nyata.sehinggalah kini kau kian jauh berlari meninggalkan aku...dan bukan aku tidak lagi mahu untuk mengejarmu..namun langkah kakiku tidak selamanya kuat..aku kini lemah..maka pergilah kamu mengejar dia yang kau puja...aku kan berhenti disini..berhenti dan hanya menanti agar kau toleh padaku...lihat ke arahku,.adakah aku masih bisa berdiri...aku menanti...

Maka,.buat terakhir kali...aku berhenti.....berhenti mengejarmu..pergilah kepada dia..aku pasrah..

Maka terciptalah warkah terakhir buat si dia..sekian

P/s:tiada kena mngena ngn cik kecikMOMOT.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com