Sunday, May 1, 2016

stay strong

Views
terimbas kembali memori beberapa tahun dahulu,



Empat tahun yang kita kongsi bersama, perit cukup perit bila 24hours kau dengan dia then semuanya berakhir dengan perpisahan. Aku yakin, cukup yakin kita itu tidak bersama bukan kerana keduanya sudah tidak lagi cinta. Tetapi keadaan yang terlalu kejam memaksa kita untuk berhenti.

Ya, sakit itu usah aku luah.
Dari aku seorang budak hingusan yang kau manusiakan menjadi orang,

Sedarlah sayang,
aku hingga detik ini dan saat ini,
masih menjadi pemerhati sunyi,


melihat bahagia kau,
walau bukan dengan aku,



Ya, sudahpun berdiri ditempat yang mahu kau lihat aku
mengejar segulung ijazah,


Sedang gigih mematikan watak kau perlahan,
sedang roh itu tetap dan masih juga ada.





Dear meow,




Manusia yang mendekati aku terlalu kejam,
memaksa untuk cinta,
memaksa aku untuk suka,

dan membuang aku tanpa rela,
dan sejujurnya,



Hati ini masih degil mahu menempel dengan kamu.

Cik Iza membebel

Sunday, April 24, 2016

TERLEWAT

Views
 
 
 
 
Sayang, 
Kalau mereka itu buat kamu lemas, 
Aku ada untuk dakap kemas, 
 
Sudah dua puluh dua kali aku bilang, 
Seinci pun aku takkan berganjak hilang, 
Apatah lagi mahu pusing kepala dan paling belakang. 
 
Aku cuba terus terang, 
Sehabis rajuk aku yg teruk, 
Kau tunggu, aku tetap pulang, 
Bukan lari pergi hingga jauh menceruk, 
Bikin kau rasa punya aku adalah hal termalang.
 
Puas basa basi, 
Tentang sayang siapa boleh dpercayai, 
kau kata aku hati besi, 
Aku tuduh kau ego melangit tinggi. 
 
Sudahnya aku mengalah, 
Tapi kau sudah angkat dua tangan blah,
 
Kenapa susah mahu ajak duduk semeja diskusi, 
Tak macam mula kenal selalu toleransi,
 
Please jgn tunggu aku penat, 
Nanti kau datang lagi, 
semuanya dah 
TERLEWAT

Cik Iza membebel

Wednesday, March 9, 2016

SEMUA AKU

Views
 
 
 
 
 
 
 Kadang,
semua yang dalam saku,
kau curi curi,
dan lempar satu persatu,

mereka?
terlalu bodoh,
sambut satu satu,
genggam langsung tak tahu malu,


sikit tak guna otak yang dikurnia,
langsung tak tahu menapis yang kerak kerak,
lantas ambil yang jernih jernih saja,


sudahnya,
yang buruk


SEMUA AKU.

Cik Iza membebel

Monday, March 7, 2016

BINGUNG

Views
   
 

Untuk berbaris-baris alphabets yang dilepas satu persatu,
Yang aku sambut dan genggam tanpa ragu,

Kau hitamkan semua dengan garis dan noktah di hujung,
seolah ayat pemula yang digarap hingga akhir tak pernah tertanggung,


Atau kau mungkin sedang terlalu bingung.

Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com