Wednesday, February 27, 2013

tegarnya kamu....

Views

 
Kau dicubit…
Aku yang terasa sakit…
Kau ditertawa…
Aku yang menangis hiba…
Kau dihina…
Aku  lah yang paling derita..
Kau bersedih hati…
Aku lah yang rasa teruji…
Percayalah..
Walau kau tak pernah rasa kehadiran diri yg naïf dan daif ini…
Aku sentiasa ada di setiap denyut nadi…

Hari ini..
Aku sudah tidak berdaya lagi..
Kerana kejadian semalam telah menjadi bukti,,
Bahawa aku bukanlah insan yang dirimu hargai..
Meskipun kamu lah insan yang paling aku kagumi
Selama ini….

Walaupun janji semalam menjadi saksi..
Tidak perlu lagi aku berharap kau tepati..
Kerana hari ini…
Aku terasa seperti kaca yang retak didalam genggaman erat..
Dilepas jatuh menyembah bumi..
Berderai segalanya menjadi serpihan..
Lalu dipijak tanpa perasaan…
Tak kau peduli untuk mengutip serpihan..
Malah sekadar membiarkan ia hilang ditelan tanah..
Tegarnya kamu



Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com