Tuesday, July 10, 2012

aku cintakan ciptaanMU...

Views



YA ALLAH...
sesungguhnya aku mencintai dan menyayangi ciptaanMU yang bergelar lelaki..
sungguh aku terlalu cintakan lelaki itu..
manyayangi lelaki itu..
berharap agar lelaki itu menjadi teman hidupku..
namun aku tak mampu melawan takdirMU..
takku tahu siapakah pemilik tulang rusukku..
justeru,andai lelaki itu bukan jodohku,permudahkan lah diriku untuk melupakan dia..
YA ALLAH..
sesungguhnya aku hamba yang kerdil..
ilmu ku pula dangkal..
namun YA ALLAH,janganlah kau biarkan cintaku pada lelaki itu melebihi cintaku padaMU ..
jangan KAU biarkan aku hanyut dalam cinta dunia ini..
biarkan ku sedar,cinta ini sementara cuma...
kerana hanya ENGKAU yang bisa membalas cintaku dengan sebaik2 cinta..
YA ALLAH..
aku mencintai ciptaanMU tanpa alasan..
 kerena cinta ini hadir tanpa ku sedar,.
justeru,sedarkanlah aku bahawa cinta ku pada lelaki itu hanya kerana ENGKAU penciptanya..
YA ALLAH..
sesungguhnya aku sedar cinta itu adalah fitrah,.
maka kau lindungilah aku supaya aku tidak menjadikan cinta itu sebagai fitnah..
YA ALLAH,..
betapa hebatnya ENGKAU dalam mencipta naluri ini..
rasa ini...sehingga aku terlalu cintakan ciptaanMU...
namun,hanya ENGKAU yang mampu mengawal cintaku...kerana ENGKAU juga adalah penciptaku..
maka ,tetapkan lah hatiku supaya sentiasa mencintaiMU lebih dari segala galanya...
AMIN....
~GENUINE BY CIK KECIK MOMOT~
Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com