Tuesday, December 31, 2013

masih ada masa

Views
masih adakah lagi peluang yg tersisa untuk aku  terus mendaki 
gunung penantian.
untuk segera sampai ke puncak kebahagiaan..
lantas menggenggam erat tanganmu wahai insan pujaan..
sungguh perit kini ku rasakan..
sungguh sakit untuk terus aku membayangkan,.
bahawa tak lama kau akan pergi..
meninggalkan aku yg terlalu lama setia. 
percayalah syg, cinta ini tidak pernah ditujukan utk sesiapa melainkan kamu..
lafaz ini tidak pernah berbicara tentang sesiapa melainkan kamu
dan segala luahan rasa tidak pernah tercipta untuk sesiapa melainkan kamu.

masih ada masa untuk kau berpaling dan memilih aku. 



Cik Iza membebel

Thursday, November 28, 2013

seakan ini yang terakhir

Views
hembusan nafasku untukmu seakan ini yg 
terakhir..
bgaimana bisa aku bertahan meski 
telah lama ku rasakan khadiran 
ini xpernah diperlukan.

denyutan nadiku untukmu seakan ini
yg terakhir.
bgaimana bisa aku terus berpejam mata, 
berpura dan terus kelihatan gembira..
bila mana di hadapanku kau butakan mata

degupan jantungku untukmu seakan ini
yg terakhir..
bgaimana bisa aku terus kebalkan
hati mendengar bisikan cinta walhal 
bukan untuk aku..

dan segalanya seakan ini yg terakhir 
bilamana separuh nyawa yg ada untukmu
tidak lagi mampu terus bernyawa.

Cik Iza membebel

Friday, September 20, 2013

sadarlah

Views
melihat dia seolah lemas dalam lautan penantian
Tiada berkesudahan..
membuatkan hatiku seolah terpukul
Dek ombak kekecewaan..
Sadar lah wahai insan pujaan hati..
Dalam lelah kau mengejar si dia..
Aku xpernah berpaling menghayun langkah
Untuk pergi dari terus mencintaimu..
Sadarlah wahai insan yg ku kagumi..
Dalam sibuk kan mgira air mata kecewa
Lantaran kisah kau dan dia..
Aku disini tetap seperti mula aku mencintai..
Xpernah berubah meski kumbang menggoncang nafsu diri....
sadarlah wahai insan dambaan hati..
Meski kau coret kisah tentang kau dan dia
Dalam diari hidupku semalam, esok, lusa dan seterusnya..
Yakinlah bhawa aku tetap teguh mencintaimu..
Cik Iza membebel

Thursday, August 29, 2013

hanya mampu cinta kamu

Views
khilaf andai dikata aku sempurna tanpa cinta..
khilaf andai dikata aku selesa tanpa sesiapa..
kerna hakikat ku juga seorang remaja.
punya desakan naluri ingin d dampingi,ingin dimiliki..juga didekati...

akan tetapi.
aku selesa begini.
myendiri
dan
menyepi..
keranaku tahu,hati ini hanya mampu mencintaimu.

Cik Iza membebel

Tuesday, August 27, 2013

begini rasanya...

Views
aku berteduh di bawah pohon kecewa..
merenung ke arah awan yang sedang berduka..

hadir suara berbisik pada jiwa..
memujuk agar berhenti berharap jika terseksa..

lantas aku tersedar dari lamunan..
menoleh pada bulan yang tak kelihatan..
rupanya siang masih ku anggap malam...
terasa diri telah jauh hanyut dalam kelam..

entahkan bila bintang kan hadir bertemankan bulan..
siangkan hadir bertemankan mentari...
kerna disetiap hembusan nafasku...
terasa bagaikan terlena dan terjaga dalam putaran waktu yang sama...

peritnya cinta tidak dihargai
tidak dimengerti...
terasa seolah berdiri tanpa kaki..
bernafas tanpa nyawa...





Cik Iza membebel

Wednesday, July 31, 2013

aku yang bersalah.

Views
Biarlah aku yang bersalah di depan matamu..
Biarlah aku yang bersalah sejak mula kau mengenaliku..
Biarlah aku yang bersalah sejak mula aku pergi meninggalkan mu..
Biarlah aku jadi satu-satunya insan yang bersalah mencintaimu dan tanpa sebab terus membencimu..
Telah banyak kata kau ungkap percuma..
Telah banyak kata kau ungkap dusta..
Telah banyak kata kau ungkap sengaja..
Tetapi tetap biarkan saja aku yang bersalah dalam episod cerita ini....
Biar saja aku terus membenci..
Jika ini sahaja pilihan yang aku ada..
Untuk terus kekal melupa...
Biar saja aku terus berdusta..
Mengatakan aku punya pengganti..
Andai itu yang bisa membuatkan aku kekal
Bertahan untuk bahagia....
Sesungguhnya aku yang bersalah.....
~insan tak sempurna~


Cik Iza membebel

Sunday, June 9, 2013

jangan ungkit...

Views
  
jangan mengungkit sejarah insan yang telah berhijrah..
kerana perlu untuk kita sedar,..betapa sukarnya mereka mencari-cari arah..
mencari-cari jalan keluar dari kegelapan kepada jalan yang penuh cahaya iman..
jangan kita mempersendakan insan yang telah berubah..
malah berdoalah agar mereka kuat untuk terus beristiqamah..
jangan juga kita mempersenda mereka yang lagak bagai pnjenayah..
kerana kelak mereka peroleh hidayah..
mereka juga akan berubah..




Cik Iza membebel

Thursday, June 6, 2013

fasa perubahan seorang lelaki

Views
Aku perlu memahami..
Fasa perubahan seorang insan bergelar lelaki..
Waktu muda sudah berlalu pergi..
Usia menjengah dalam perkiraan fasa dewasa..
Sedang aku masih merangkak meniti usia..
Yang masih wajar digelar remaja..

Biar dia meniti usianya..
Biar dia menikmati zamannya..
Bukan lagi masanya untuk dia bersuka ria..
Melainkan mencari insan yang selayaknya..
Menjadi teman hidup hingga ke hujung nyawa..

Sedang aku masih terkapai-kapai..
Mencari rentak kehidupan..
Berpeleseran dengan teman-teman..
Maka perlu untuk aku memahami tuntutan hati si dia..
Seorang insan bergelar lelaki..

siapalah aku...yang wajar merayu -rayu agar menunggu...
menanti sedang belum pasti..



Maka aku sedar diri..
Dan biarkan dia berlalu pergi.
Kerana aku lah perhentian tempat persinggahan...

Biar segala janji si dia tabur penuh kejam..
Ku tanam dalam hati yang paling dalam..
Tidak perlu aku simpan dendam..
Kerana sepanjang perkenalan ini..
Aku tahu si dia kebingungan..
Maka aku izinkan...
dia untuk pergi...
mengecap bahagia yang sedang menanti...


aku bersedia dengan episod ini...
sekian...

Cik Iza membebel

Thursday, May 9, 2013

inilah konklusi

Views
 
mendamba tapi akhirnya semakin pasti tak bersama..
 
suka tapi akhirnya semakin pasti tak berjaya memiliki..

semakin pasti aku adalah insan yang tidak sesempurna insan yang dikejari..
 
kata-kata ini bukan isyarat untuk menoleh pergi..
bukan isyarat berhenti mencintai..
tetapi isyarat untuk berhenti mengharap fantasi kan menjadi realiti..
 
inilah konklusi yang aku temui...
sekian


Cik Iza membebel

Wednesday, May 8, 2013

mencari konklusi

Views
 
mencari konklusi dalam perhubungan ..
berentakan perlukan penyelesaian ..
meski pernah sempurna episod itu seketika ..
tetap juga hadir dan pergi bagai tiada apa ..
itulah..
mainan rasa santapan jiwa ..
 
terasa hina diri ..
tatkala aku datang kau pergi..
aku pergi,kau pula hadir kembali..
 
perlu untuk kita mencari konklusi..
jalan perdamaian..
mahupun perpisahan..
 
meski bermain rasa umpama berkasih..
sebenarnya bercinta bukanlah kita..
kerana kita punya dua hati yang serupa..
cinta dan setia..
mendamba..
dalam gelap kabur malam..
 
perlu aku mencari konklusi..
selagi tiada noktah mainan perasaan ini..
tertusuk duri..
dipanah sengsara
dan perlukah pada akhirnya aku memilih untuk merana?
sedang mencari konklusi...:(
 
 

 

Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com