Sunday, June 9, 2013

jangan ungkit...

Views
  
jangan mengungkit sejarah insan yang telah berhijrah..
kerana perlu untuk kita sedar,..betapa sukarnya mereka mencari-cari arah..
mencari-cari jalan keluar dari kegelapan kepada jalan yang penuh cahaya iman..
jangan kita mempersendakan insan yang telah berubah..
malah berdoalah agar mereka kuat untuk terus beristiqamah..
jangan juga kita mempersenda mereka yang lagak bagai pnjenayah..
kerana kelak mereka peroleh hidayah..
mereka juga akan berubah..




Cik Iza membebel

Thursday, June 6, 2013

fasa perubahan seorang lelaki

Views
Aku perlu memahami..
Fasa perubahan seorang insan bergelar lelaki..
Waktu muda sudah berlalu pergi..
Usia menjengah dalam perkiraan fasa dewasa..
Sedang aku masih merangkak meniti usia..
Yang masih wajar digelar remaja..

Biar dia meniti usianya..
Biar dia menikmati zamannya..
Bukan lagi masanya untuk dia bersuka ria..
Melainkan mencari insan yang selayaknya..
Menjadi teman hidup hingga ke hujung nyawa..

Sedang aku masih terkapai-kapai..
Mencari rentak kehidupan..
Berpeleseran dengan teman-teman..
Maka perlu untuk aku memahami tuntutan hati si dia..
Seorang insan bergelar lelaki..

siapalah aku...yang wajar merayu -rayu agar menunggu...
menanti sedang belum pasti..



Maka aku sedar diri..
Dan biarkan dia berlalu pergi.
Kerana aku lah perhentian tempat persinggahan...

Biar segala janji si dia tabur penuh kejam..
Ku tanam dalam hati yang paling dalam..
Tidak perlu aku simpan dendam..
Kerana sepanjang perkenalan ini..
Aku tahu si dia kebingungan..
Maka aku izinkan...
dia untuk pergi...
mengecap bahagia yang sedang menanti...


aku bersedia dengan episod ini...
sekian...

Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com