Tuesday, January 29, 2013

menjejak keimanan....

Views
                                                                                       

dalam sebak mengenang dosa..
dalam syahdu mengenang pahala..
mata ini menangis rindukan PENCIPTANYA...

titisan mutiara jernih ini menjadi saksi..
betapa aku terlalu cintakanNYA..
rindukanNYA..
tak ingin DIA berpaling dariku..

dalam menjejaki keimanan..
akan ku persiapkan hati ini untuk teguh bersamaMU..
waima terkadang hati ini rapuh dengan pujukan dunia..

dalam menjejaki keimanan...
andai aku pilu dengan ujian..
kan ku hadir dengan air mata munajat..
kan ku lontar pilu dengan esakan istighfar..
kan kusiaga dengan tangisan doa..
kan ku gempur dengan rasa syukur...

petanda bahawa aku terlalu ingin menjejak keimanan..
terlalu ingin DIA menoleh ke arahku...
walaupun aku hamba yang terlalu kerdil.

aku pernah bertandang di ladang lapang dan senang..
serta singgah di daerah susah dan payah..
pernah hilang pedoman untuk melawan sukar dan gusar..
namun...aku tetap kembali pada fitrah..
adanya ALLAH yang sentiasa disampingku..
saat sukar dan senang..

lantas terlalu wajar aku berjihad untuk mnjejak keimanan..
hadir kepada PENCIPTA dengan penuh pengharapan..
agar DIA mmberi sinar cahaya dalam hidupku..

kini aku sedar sendiri..
iman itu perlu dijejaki..
tidak mudah ianya untuk datang sendiri..
sematkan dalam diri..
bukanlah dunia yang ingin dikejari..
malah syurga disana yang kekal abadi..

justeru,untuk melawan fitnah dunia hari ini..
teguhkan hati untuk terus bersandar pada iman....sekian...

 dari daku hamba yang kerdil....

Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com