aku terdampar diperhentian harapan..
terkujur layu dibasahi gerimis kekecewaan..
sambil mengenang episod kedukaan..
dada terasa sebak jadi tak keruan...
kisah kita telah pun berkesudahan..
kerana kau sendiri yang menoktahkan penantian..
hari ini tiada lagi rayuan..
tiada lagi kata2 pujukan..kerana...
aku benar2 pergi membawa sekeping hati yang sarat dengan kesedihan..
aku benar2 pergi memikul sejuta kenangan..
aku benar2 pergi mengheret seribu bebanan...
kerena aku telahpun berkeputusan...
memberi peluang pada diri mengecap kebahagiaan..
walau bahagiaku hanya bila bersama kamu...
ingatlah wahai dambaan hati..
aku pergi..
tetapi tidaklah bermakna aku telah berubah hati..
aku masih insan yang sama,yang kau kenali..
cuma aku berkeputusan untuk berhenti diperhentian harapan..
berharap agar kau mencari..
jika aku yang dirimu hargai..
aku pasti,..kau hanya akan bahagia pabila aku berhenti mengejari..
justeru,..aku berhenti di perhentian harapan ini..
menanti kau menoleh ,memastikan agar aku masih bisa berdiri..sekain
~terima kasih buat dirimu..kerana pernah membahagiakan walau tak lama..
pernah peduli,walau seketika..
berharap kau menjengah hadir walau suatu hari nanti |
tolehlah ke arahku..agar kau yakin aku masih lagi berdiri |
No comments:
Post a Comment
cepat komen sini!