dia memilih untuk menjunjung tinggi sebuah keegoan,,..
demi sebuah kepuasan...
tanpa dia peduli hati insan ini telah dia remukkan...
ukhuwah suci yang tejalin..
akhirnya...
terputus dek mainan perasaan..
walaupun pernah kita berjanji..
untuk saling sama menghargai..
untuk saling sama mengingati...
hingga ke ranting usia...
akhirnya segala hanya tinggal memori..
bila mana dulu kau lah insan yang aku kagumi..aku cintai..aku hargai..aku sayangi..
kini sekadar menjadi insan yang sekadar pernah aku kenali..
aku berpura tidak mengenali..
kau berpura seolah tak peduli..
memberi isyarat bahawa perginya aku tidak dirasai..
biarlah segala kenangan dibawa arus masa..
biarlah segala harapan lenyap dibawa ombak kecewa..
biarlah penantian berakhir dengan air mata..
asalkan dalam hati,..kau simpan secebis ingatan...
tentang ceritera kita disepanjang perkenalan..
jangan kau salah kan aku tentang cinta ini..rasa ini..
kerana percayalah,.. andai aku mampu undurkan masa..
andai aku tahu begini episod akhirnya..
mana mungkin aku cuba berdampingan dengan insan seperti kamu..
akhir kata..berlegarlah kamu sekali sekala d alam mmpiku..
andai hanya itu yang mampu mengubat riduku pada mu..
izinkan aku tersenyum pada bayangmu..
andai jika itu sahaja yang mampu mengubat rinduku pada sebuah kenangan..
hargailah setiap bait cerita tentang kita walaupun itu bisa membuat kau berduka penuh sengsara...
~sedang dalam kedukaan~
berhentilah menjungjung keegoan..kerana aku terlalu derita kerana itu.. |