Sayang,
Kalau mereka itu buat kamu lemas,
Aku ada untuk dakap kemas,
Sudah dua puluh dua kali aku bilang,
Seinci pun aku takkan berganjak hilang,
Apatah lagi mahu pusing kepala dan paling belakang.
Aku cuba terus terang,
Sehabis rajuk aku yg teruk,
Kau tunggu, aku tetap pulang,
Bukan lari pergi hingga jauh menceruk,
Bikin kau rasa punya aku adalah hal termalang.
Puas basa basi,
Tentang sayang siapa boleh dpercayai,
kau kata aku hati besi,
Aku tuduh kau ego melangit tinggi.
Sudahnya aku mengalah,
Tapi kau sudah angkat dua tangan blah,
Kenapa susah mahu ajak duduk semeja diskusi,
Tak macam mula kenal selalu toleransi,
Please jgn tunggu aku penat,
Nanti kau datang lagi,
semuanya dah
TERLEWAT