Tuesday, February 19, 2013

kisah ini kan jadi memori

Views

mulanya kisah aku dan dia..
aku bukanlah sesiapa..
sekadar punya watak manusia..
yang naif sifatnya...
punya kekasih berjuta ramainya..
punya jati diri,biasa2 sahaja...
punya rupa,sekadarnya sahaja...
punya angan..tentang dia belaka..


sedangkan dia...punya karisma tersendiri..
punya wajah mirip personaliti..
punya setia yang layak dipuji..
punya akhlak yang layak dikagumi...
punya kriteria jejaka yang digemari...
punya keunikan yang sukar dicari...
hanya satu dalam planet bumi...

membuat aku,..jatuh cinta lagi...
berharap,..untuk yang terakhir kali.


aku punya sejuta teman....
dalam kalangan jejaka tampan....
punya gaya dan rupawan....
punya harta bergelimpangan..
namun..tetap dia seorang..
 yang selalu aku dambakan...

aku seolah pemain cinta..
bisa suka pada sesiapa..
bisa bersama yang mana aku selesa..
bisa menyapa dia..dia dan dia tiap masa..
tapi aku punya cinta,hanya untuk dia....





kisah ini...

 
aku punya manis tutur bicara..
aku punya lemah lembut orangnya..
tapi bila dengan dia....aku tak pernah berpura..
aku jadi seperti apa adanya...
dia tetap terima..:)

aku mudah berkesimpulan melulu...
tak semena mena naik hantu...

 namun dia..
bijak mengawal perasaan..
bijak mengemudi kesabaran....
mmbuat aku kekaguman..

aku bukanlah insan yang mudah berburuk sangka..
tapi aku punya sifat cemburu buta..
dek kerana inginkan perhatian sentiasa..
oleh dia..insan yang aku damba..

aku mudah merajuk...
tapi tak perlu untuk dipujuk...
kerana bila tentang dia,hati panas berubah sejuk..

bila bersua...aku seolah tak mengenal dia..
sedangkan dalam hati,...hanya dia tahu..
aku meronta memanggil namanya..

dari jauh,..aku ukir senyuman..
walau seolah tak kelihatan..
walau seolah dia tak beri perhatian
namun aku tahu...hatinya kegirangan..

ku tatap wajah dari kejauhan...
aku lihat dia,...asyik bergurauan..entah dengan siapa..
mmbuat mata berkaca kaca...
lantas air mata pantas diseka...
kerana melihat dia bahagia....perlu untuk aku gembira..

terkadang setiap bait kata yang dilafazkan..
tidak langsung diendahkan..
namun aku tahu..
ianya disemat dalam ingatan...

bila aku tersakiti..
aku luah kata ingin pergi..
namun,aku tetap kembali lagi..
kerana kisah kami tak harus dinoktahkan sebegini..

pernah juga aku kecewa..
lantas aku menyepikan diri...
tak lama aku kembali..
kerana aku akan bertambah kecewa..
tanpa ada dia dalam diari hidupku..
 

hari ini...aku mengenangkan kembali...kisah pertemuan..
kisah perkenalan...dan rasanya tidak harus ada kisah perpisahan...

betapa setiap baris cerita tentang kami,..terlalu istimewa...
terlalu bermakna....

rentetan kisah yang terlalu sarat dengan kenangan..pengalaman ...dan pengajaran...
sehinggakan sejak detik itu...dialah,yang menjadi sumber inspirasiku..:)





(ingatlah....kata2 ini bukanlah bukti bahawa dia kekasih hati...
malah bukti dia  adalah pujaan hati...
hingga kini aku masih tak berjaya memiliki...
namun biarlah,..kerana cukup sekadar kami saling menghargai)
(tidak perlu untuk sesiapa tahu siapa kah dia insan yang aku cintai,..kerana cukup andai semua tahu perasaan ini sungguh suci..)

dan meski hati terluka parah..mengenal dia tetap ku anggap satu anugerah..:)

 
 
 

Cik Iza membebel

2 comments:

  1. tengok nii, banner awak tersergam indah kt siniiiiii! Klik je sini http://exchangebanners-husnahumairah.blogspot.com/ :D jgn lupa exchange sy punya jgk :)

    ReplyDelete

cepat komen sini!

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com