cinta kini memanggilku...
penuh dengan kesyahduan..
berirama pengharapan..
menunggu detik hati pemilik bersuara..
memberi jawapan..
hari ini ku layangkan jawapan bersama alasan..
bagaimana ingin aku luah kata mengiakan lamaran kasih..
sedang hati tak pernah bertaut pada cinta khayalmu..
bagaimana ingin aku terbang bersamamu..
sedang sayapku patah pada penghujung cinta dulu..
maafkan aku..
tak termampu diri ini untuk
melukis cinta buatmu..
tak termampu diri ini untuk melakar bahagia bersamamu..
maafkan aku..
sebelum harapan kian mendalam..
izinkan aku pergi membawa diri.. kerana ku tak ingin menyambung tali itu.
yang pada akhirnya bakal membelit diriku sendiri..
maafkan aku..
pernah kau tanya,.
Siapa dirimu di hatiku..
Siapa dirimu dalam hidupku..
Aku tertunduk malu,.
Bisu tanpa jawapan..
Menunda kata,.buat dirimu terpinga..
Namun,.hari ini ku kan leraikan jua persoalan..
Agar tiada lagi keraguan dalam perhubungan..
Ku ibaratkan dirimu umpama payung..
Dimana aku perlukan tatkala hujan mencurah jatuh ke bumi..
Tempat ku berteduh,.dari dibasahi..
Namun stelah hujan berhenti,..kemana aku??kemana dirimu??
Fikirkan sejenak..
Adakah wajar kau menagih cinta pada manusia seperti ini..?
Maafkan aku....
Suatu masa aku tiada lagi di sisimu..
Izinkan aku untuk melihat dirimu dari jauh..dan..
Izinkan aku menggengam memori kita..
Kerana tiada lagi yang tersisa untukku,selain kenangan..
Meski cinta dan kasihku bukan untukmu,.
Namun percayalah,..sayangku ada untukmu...
Sekali lagi,.maafkan diriku..
Sesungguhnya aku tak ingin menjadi seperti kayu,.
Yang tidak sempat meluah kata sebelum dirinya menjadi abu..
Maka,.ku titipkan jawapan hati ini buat dirimu..
Akhir kata..hapuskan perasaan,..
Biar aku yang menjadi insan yang bersalah.........
#biar rindu mengikuti rintik hujan#
|
Menyayat hati
ReplyDeleterintihan hati seorang blogger.. :)
DeleteWah ! Comelnya Blog Ni N Entri Pon Menarik . Saya Dah Follow Blog Ni . Harap Follow Blog Saya Kalau Sudi Ye :)
ReplyDeletehttp://mynameishafizah.blogspot.com/2012/11/musibah-mak-ikan-simpan-3-pemuda.html