~Aku adalah watak maharani cinta yang kecundang
Tatkala mengharungi lautan perasaan,.
Lemas dipukul ombak ketakutan..
Hanya kerana aku tak pernah punya keberanian..
Untuk memimpin tangan si dia ke taman kebahagiaan..
Yang selama ini aku dambakan...
~mengutip serpihan memori yang bertaburan,..
Pengubat rindu yang kian ketara kekejaman..
Entah dimana silapnya perhubungan..
Hingga terhenti perjuangan d tengah jalan..
Akhirnya aku menangis sendirian..
~mampukah namaku tertulis d dalam diari hidupmu esok?
~semakin jauh aku berlari..
Semakin cinta itu menjauh pergi..
Lantas tidak lagi aku mengejar..
Kerana kau hanya akan bahagia pabila ku berhenti..
~cintamu sesegar embun nan pagi..
Semakin resah menanti terbit mentari..
Hangatnya yang membakar mengeringkan segala keindahan yang
penuh kepalsuan..
~izinkan aku memejamkan mata..
Untuk bermimpi membina sebuah kehidupan bersamamu..
~kasih yang indah ini..kugubah indah di taman hatiku..
~akan ku lepaskan jua air mata ini pergi..jauhhh...
Sejauhnya..sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada
hangat titisannya dahulu..:(
No comments:
Post a Comment
cepat komen sini!