Friday, September 21, 2012

jangan kau ketawa....:(

Views
                                                                                                                                                                   jangan kau ketawa,.dikala aku kecewa...
jangan kau ketawa..dikala aku menitiskan air mata...
kerana terjatuhnya air mataku dalam kekecewaan...
hanya  kerana aku terlalu lama  bersandar pada harapan yang tak pernah punya jawapan..
hanya kerana terlalu lama diriku menahan kesedihan...
dan semua itu adalah kerna kamu,putera idaman kalbu..

mungkin dulu kau terleka..
lalu meluahkan kata cinta..
mungkin dulu kau terleka..
lalu meluahkan kata yang cukup sempurna..
sehingga terasa seolah akulah wanita yang berjaya bertakhta dihati mu..
tanpa ku sedar..itu semua adalah palsu..
sekadar permainan sebaris kata yang tak punya nilai dalam hatimu..
disaat kau tersedar dari kelekaan,..kau pergi tanpa perasaan..
seolah akulah satu satunya insan yang bersalah memulakan episod cinta kita berdua..

hari ini..........................................
tersentap aku dari lamunan..
terjaga aku dari mimpi yang cukup menyiksakan..
lalu aku menguatkan langkah kaki,..untuk berlari pergi dari dunia fantasi..
ku pujuk hati agar bertabah..ku pujuk jiwa agar kuat untuk pasrah..
ku pujuk diri,..untuk tidak terlalu lemah..

hari ini............................................
aku cuba berjalan di dalam kegelapan..dan aku cuba tersenyum disebalik kekecewaan..
keranaku tahu..kau kini sedang bahagia bersama insan yang kau cinta..
sedang aku hanyalah sekadar pengalaman dalam diari hidup mu..
sekian:cik kecikMOMOT

Cik Iza membebel

No comments:

Post a Comment

cepat komen sini!

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com