Wednesday, May 8, 2013

mencari konklusi

Views
 
mencari konklusi dalam perhubungan ..
berentakan perlukan penyelesaian ..
meski pernah sempurna episod itu seketika ..
tetap juga hadir dan pergi bagai tiada apa ..
itulah..
mainan rasa santapan jiwa ..
 
terasa hina diri ..
tatkala aku datang kau pergi..
aku pergi,kau pula hadir kembali..
 
perlu untuk kita mencari konklusi..
jalan perdamaian..
mahupun perpisahan..
 
meski bermain rasa umpama berkasih..
sebenarnya bercinta bukanlah kita..
kerana kita punya dua hati yang serupa..
cinta dan setia..
mendamba..
dalam gelap kabur malam..
 
perlu aku mencari konklusi..
selagi tiada noktah mainan perasaan ini..
tertusuk duri..
dipanah sengsara
dan perlukah pada akhirnya aku memilih untuk merana?
sedang mencari konklusi...:(
 
 

 

Cik Iza membebel

Monday, April 22, 2013

jika benar bersedia

Views
 
pergilah wahai pujangga hati..

pergilah bina mahligai yang kamu damba..

jika benar kamu bersedia..

melepaskan aku berlari dalam semak kehidupan remaja..

pergilah ..

jika kamu sudi melihat aku terbang..

dalam kabut awan nan gelap gelita..

pergilah wahai insan pujaan hati..

jika benar kamu bersedia melepaskan aku berjalan..

di atas duri kehidupan hari ini...

pergilah..walau kamu tahu..

 aku masih belum benar2 mampu..

merangkak pun tak bisa..

 dalam kehidupan yang penuh pancaroba ..

pergilah jika benar kamu ..

bersedia melepaskan aku............

tika aku masih begini...............................................................................



jika kamu bersedia.......................



akan aku mengatur satu persatu langkah..

 agar tidak tersungkur rebah..

meski kamu tiada..

akan aku cuba hidup sperti masih adanya kamu..

menggenggam erat segala kuntuman pesanan..

agar tidak layu disiram racun nafsu berbisa..

pergilah jika kamu bersedia..

pergilah dalam senyap kebisuan..

jika itu adalah cara kamu..

untuk tidak melihat aku derita...........................................sekian


Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com