Friday, June 22, 2012

tips berguna!

Views


Assalamualaikum rakan2 taulan sekalian...
Hai3....apa habaq semua peminat2 kecik?aceceh...macam lah kecik nih nealofa nak ade pminat pulak...memang tak lah...hari nih mud kecik agak skema ayam...oleh itu,kecik berkeputusan untuk menulis entri tentang CARA MELUPAKAN SI DIA..bhahahahahha(gelak jahat)...siapa si dia tuh?ha...jawab2...mesti tak leh jawab kan?si dia tuh sape2 jelah yang korang rasa nak cuba lupakan...ok ...teruskan membaca..
Antara tips2nya adalah..:
1~buang segala sms yang si dia penah hantar kat korang..ape?sayang nak buang?ahhh...buang jugak,,dengarlah cakap kecik nih...nnti korang duk teringat jek
2~buang nombor si dia..ha ape lagi...delete lah..jangan lupa delete sekali kat kol list tuh...mane lah tahu ade terselit nom si dia..parah2..ape?dah hafal?ala...buang je...sbb bila dah buang lame2 lupa la nombor tuh...buat ape simpan...bukan nom ekor pon..
3~buang brang2 pemberian si dia...ha?berharga?takde maknanye...buang jela...kalau berharga g lah jual...dapat duit,nnti belanja kecik galaxy tab tub tib satu ehh....hahahh
4~bila pikiran mula terbayang muka si dia...cepat2 lah ambik gambaq mak awak...atau ayah awak tuh...pastu tatap lah puas2...nnti ilang lah muka si dia yang sedang duk berlegar2 tak ketentuan arah tuh....
5~lepak ngan family atau kengkawan...sembang perkara yg berfaedah...tak ler diri awak tuh berpeluang untuk mengingati si dia...ceehhhh!jap nak pesan...jangan lepak ngn kawan2 yg tak ketentuan arah taw....kang lain jadi...hik hok..
6~last but not least(haram jadah tukar mud g speking london)..cari jek si dia yang baru...hahahhahahahahaha!
Tamat entri pada kali ini...ditulis atas desakan hati yang tak ketentuan arah..serta berbangga ingin berkongsi tipsss yang telah sekian kali diguna pakai oleh si penulis sendiri..hasilnya memang menyabaskan dan keterbabasan...sekian terima kasih...:)

Cik Iza membebel

Wednesday, June 20, 2012

dia telah pergi..... :(

Views
kisah ini bermula dengan senyuman..
tidak ku sangka ,ianya berakhir dengan kesedihan..
suatu ketika dahulu,diri ini terlalu gembira,
kerana berpeluang mengenali dia..
namun kini,aku menitiskan air mata..
kerana terpaksa melepaskan dia pergi..
lantaran perpisahan yang tak diduga..
betapa kini..
aku terlalu kecewa..
kerana diri ini bukanlah yang menjadi pilihannya..
namun,ku harus berani..
untuk mendepani realiti..
harus kuat..
 untuk berdiri pada hakikat..
meskipun ia suatu tamparan yang cukup hebat..
kini ku perlu gagahkan diri,untuk terus ketawa bahagia..


PERGILAH..KERANA SESUNGGUHNYA KESEDIHAN INI SEMENTARA CUMA..
ANDAI ITU TAKDIRNYA,AKAN KU CUBA UNTUK TERIMA..
Cik Iza membebel

Wednesday, June 13, 2012

REDHA

Views
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 ) 





 " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim)


assalamualaikum rakan2 taulan sekalian,sihat ke?okkeh...ari nih kecik ingin berkongsi pendapat tentang redha...korang rasa korang redha tak?....macam mne ye nak jadi redha...?ntah,kcik pun tak tahu...haha..tapi kecik sekadar ingin berkongsi pendapat kecik tentang redha....


sebenarnya nak jadi redha kne ikhlas...dengan adanya perasaan ikhlas dalam hati,.lantas lahirnya redha... ramai yang salah tanggapan mengenai redha,mereka beranggapan bahawa redha adalah rela...rela melepaskan bf korang kpd wanita lain..sedangkan korang tersangat sayang lah kat bf korang...pastu duk dalam bilik,menangis bagai....pastu korang anggap korang tuh heroin yg redha la...tuh bukan redha,tuh rela yg tahpape..hahahahahah.
tapi,jika anda benar2 redha,anda mampu tersenyum waima apepun yg terjadi...lantas,sekadar menangis didalam hati...mudah untuk kita katakan bahawa kita telah pun redha,namun untuk menanamkan perasaan redha dalam diri tuh teramatlah sukar...justeru bagaimana?
justeru janganlah menerima bulat2 apa yg terjadi dalam hidup anda dan kononnya anda pasrah...akan tetapi,anda perlu berlapang dada dan jadikan apa yg berlaku dalam hidup anda itu sebagai pengajaran....kerana anda mampu mengubah apa yg bakal terjadi pada hari esok....kerana ujian sentiasa datang dan pergi bersilih ganti,justeru didiklah hati anda untuk redha...jika anda jadikan sebarang ujian itu sebagai pengajaran,maka sebenarnya anda sedang cuba untuk menjadi reda,,..tahniah...! 


~ikhlaskan hati anda..pasti anda berjaya untuk redha~
~jangan terlalu bersedih.kerana redha anda akan dibalas dengana ganjaran dari ALLAH~
~Pujuk hati dengan bertemuNYA didalam solat,pasti anda redha~
 ~jangan mengeluh~
~berani dalam menerima ketentuan~


YA ALLAH,jadikanlaah aku insan yang bisa menerima qada'MU agar aku bisa menjadi seorang manusia yg redha,,.YA ALLAH,berikanlah keberkatan dalam qadarMU..agar aku tidak suka mendahulukan apa yang KAU akhirkan...dan mengakhirkan apa yg KAU dahulukan...amin
Cik Iza membebel

Wednesday, June 6, 2012

~~~mr kacak~~~

Views
i would rather walk with u in the dark,than alone in the light...never leave u behind,coz u r the only things frm this world that i could hope to see in the next...
of coz,i always be with u...

~mr kacak~
Cik Iza membebel

 
HAK MILIK TERPELIHARA www.lensakecikkecik.blogspot.com